Monday, August 12, 2013

Apa itu 'Baitul Muslim'?

Pernah tak korang dengar perkataan 'BAITUL MUSLIM'? Ada jugak aku terbaca orang sebut 'BAITUL DAKWAH' dsb....Haaaaaa...Apekah??


Aku 1st time dengar perkataan ni pun mase tahun lepas pasal aku ter'like' satu page nih...Around tahun lepas jugaklah...baru at that time aku tau ape maksud dan tujuan disebalik perkataan ni..Nampak macam BIG WORDS isn't it??


"Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tanga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya." ---Petikan dari salah satu web


So...main point disini adalah baitul muslim ni berkaitan dengan pernikahan yang HALAL dan DIREDHAI ALLAH...


Tapi banyak generasi sekarang lebih prefer untuk 'couple' dulu sebelum kahwin.(nasihat pada diri sendiri jugak nih...hehe) Pernah tak kita terfikir yang bercinta selepas berkahwin adalah lebih 'sweet' and 'fun' ??


Hurmmm..betul jugak ehh...bile aku terfikir and fikir and fikir pasal isu ni. Dapat jugak la aku terbayang secara logiknye. Contoh lah kan bile mase mule-mule kita couple, mesti rasa mcm bahagia la..happy la...then bile lama-lama rasa tu makin lama makin hilang. Maybe tak berlaku pada semua orang. Tapi korang tau la ape yang aku maksudkan kat sini.


Berbalik pulak pada bercinta selepas berkahwin...sama la jugak dengan masa mula-mula couple cuma HALAL! So...Basically la...masa ni la kita akan cinta suami/isteri kita sepenuh hati sebab kita masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.Dari sini jugaklah datangnya keluarga yang bahagia.


Sebab.....kalau kita couple dulu then kahwin..mungkin rasa tu dah makin tawar..mungkin okayyy...Tapi dengan cara bercinta selapas berkahwin ni lah lebih selamat dan rumahtangga akan lebih kekal..Insyaallah..



Tapi ramai jugak yang anggap untuk isi borang baitul muslim adalah benda yang mengarut dan kolot. Sebabnye ramai tak percaya betul ke ikut cara macam ni?? Ramai jugak yang takut dapat pasangan yang tidak serasi. Tapi berbalik pada janji Allah, jodoh kita masing-masing dah pun tertulis di Luh Mahfuz. Kalau dah memang jodoh...Allah akan temukan kita dengan pasangan kita. Cuma perlu la sabar sikit sebab ada orang jodoh lambat..ada orang jodoh awal...

Something that i read

“Early dating (before married) may be related to less romantic relationship in adulthood” (Monash Lecture slide) “

But it all depends on you guys. Dalam Islam takde paksaan. Tapi ikutlah cara yang terbaik dalam Islam...Insyaallah dari situ kita jumpa keberkatannya. Mulalah dari sekarang! Isi borang baitul muslim anda! Tapi kalau tujuan untuk mencuba-cuba, tidak serius hanya untuk main-main...rasanye korang belum sedia lagi tu nak isi. Isi dengan hati yang ikhlas okay..Jangan pulak kira harta, pangkat dan rupa..tapi carilah yang sepadan dan ikut cara hidup Islam yang benar.


Sedikit santapan rohani
"Pernikahan akan bernilai dakwah apabila dilaksanakan sesuai dengan tuntunan Islam di satu sisi, dan menimbang berbagai kemaslahatan dakwah dalam setiap langkahnya, pada sisi yang lain. Dalam memilih jodoh, dipikirkan kriteria pasangan hidup yang bernilai optimal bagi dakwah.
Dalam menentukan siapa calon jodoh tersebut, dipertimbangkan pula kemaslahatan secara lebih luas. Selain kriteria umum sebagaimana tuntunan fikih Islam, pertimbangan lainnya adalah :
apakah pemilihan jodoh ini memiliki implikasi kemaslahatan yang optimal bagi dakwah, ataukah sekedar mendapatkan kemaslahatan bagi dirinya sendiri?"