Sunday, February 24, 2013

Review on Pure Marine Collagen (PMC)

Pure Marine Collagen??
Mende nehhh??
Hahahaha...bagi yang tak tau mesti cam confused-confused kn?
PMC ni sekarang tengah menjadi HOT SETAF kat pasaran
Sume orang macam obses (especially perempuan)
Nak makan collagen la...
Nak minum collagen laaa
Sebab perempuan memang terkenal dengan ke'obses'an jadi cantik
Hurmmmmm....YEKE???

*Pure Marine Collagen*

Khasiat PMC :
- Melaraskan berat badan & menstabilkan hormon
- Memulihara sel-sel kulit mati(kesan jerawat/kemalangan)
- Mencantikkan kulit(lebih cerah,gebu & anjal)
- Melicin dan menegangkan kulit serta payudara (anti-penuaan)
- Kulit wajah lebih berseri-seri,anjal dan lembap
- Mengecilkan pori-pori pada wajah
- Mencerahkan kulit wajah & badan termasuk bawah lengan & ketiak.
- Menghilangkan kedut pd wajah terutama garis halus di kwsn mata.
- Anti bakteria
- Membuang toksin dalam badan
- Membantu meningkatkan metabolisme & melancarkan peredaran darah
- Memperbaiki masalah kulit, kuku dan rambut
- Mengurangkan sakit pinggang dan sendi terutamanya lutut dan siku
- Push up payudara & punggung bagi wanita
- Merawat tumit merekah
- Menambahkan tenaga

- Menormalkan fungsi kelenjar tiroid

- Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, dan merawat gastrik
- Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
- Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
- Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
- Merawat penyakit gout
- Mencegah kanser/tumor
- Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Menurunkan tahap kolesterol dalam badan
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
- Menberikan rasa kekenyangan (diet)

Haaaaaa...banyak sunggoh kan khasiat die?
PLUS harga yang sangat-sangatla berpatutan
Range harga RM 20-30 sebungkus depends on gred
Pastu PMC ni boleh diminum macam tu saje atau nak campur dalam jus pun boleh
Rasa PMC kalau minum camtu rasa tawar je
Heyyy...tapi jangan ler lupe nak masak dulu plak ye
Nanti ade plak yang trus minum camtu
Aku yang dipersalahkan...TIDAAAAAAAAAAAAKKKKK
*Drama sket..huhuhu*


Kalau macam aku, aku beli yang dah siap dalam jus

*Yang ni RM 30 sebotol*

Bawah ni testimoni orang yang gunakan PMC

*Pinjam gambaq naa kak..Taknak tunjuk muke sendiri dulu sebab tengah dalam TRIAL*

See! Sangat flawless kot muke die
Putih melepak berseri-seri
Selain dari kecantikan muke, PMC jugak bagus untuk kesihatan badan
So, 2 in 1 la :)
Cuma...kene la sabar sket ye...
Takde la sehari pakai dah nak berangan muke flawless nyeeeee
Depends on that individual la kan
Lain orang lain jenis muke
Ambil konsisten setiap hari
Sebelum sarapan sebab paling bagus masa perut kosong
3-4 sudu sehari
Jangan serik untuk cari ikhtiar untuk kesihatan diri
Insyaallah :)




Friday, February 22, 2013

Testimoni after sebulan makan beutskin

Hari ni masuk 1 bulan 1 hari aku makan beutskin
Alhamdulillah kesan yang aku nak dah nampak hasil
Walaupun muke belum cerah sangat lagi
Tapi muke dah kurang berminyak
Pori-pori makin kecil
And yang PALING BEST blackheads dgn whiteheads dah takde
Weeeeee~

Susa kot kalau ade mrs whity and mrs blacky nehh
Dulu aku ingat lagi...
Malam tu buat masker besok dah datang whiteheads
Ni da 4 hari after buat masker whiteheads and blackheads memang GONE!
Kulit jadi licin sesangat
Nak continue makan sebab dah nampak kesan kan...
Alhamdulillah :)

Sekarang tengah makan 2nd kotak
Dalam proses nak order lagi 3rd kotak
Orang macam aku yg study overseas memang kene oreder cepat2 before habis
Sebab kat tempat aku study takde jual..
Mana nak carik kalau habis??
So order awal-awal habis 1 kotak continue another kotak
Postage ke indonesia RM15
Nasibla aku beli kat kawan kan...
Senang nak nego dgn die suruh pos ke sini
Kalau x susa jugak kot sebab biase postage dalam Malaysia je

Selain pakai beutskin tu ade la beberapa produk yang aku pakai jugak
2 kali seminggu mesti pakai clay mask
1 kali seminggu collagen eye patch
Setiap hari makan pure marine collagen
Setiap kali lepas mandi sapu Clinique toner
Sabun cuci muka pakai Dr Pure Vit C and E soap PLUS sabun susu beras
Jangan lupe air masak kena minum banyak-banyak untuk melancarkan penyerapan nutrient

Sekarang dah berani keluar without makeup sebab x teruk sangat dah muke
Dulu asal nak keluar je nak pakai BB Cream untuk tutup cela kat muka
Now pakai compact powder je dah cukup

* Nearly 1 month using SNE Beutskin*

Kalau nak kesan yang lebih bagus and cepat kena makan skali dgn SNE kapsul+Detox Tea
Tapi untuk student macam aku ni Beutskin pun rasa dah macam tak mampu jek
So, just makan Beutskin dulu lahh
Actually kena ambil 1 kotak SNE kapsul dulu before makan Beutskin
Tapi aku blasah je makan Beutskin trus...muahahahahahhaa....

Monday, February 18, 2013

Peluang menjana pendapatan

Ok new post about this week is
Aku baru join satu affiliate
Saje la cari duit poket lebih
Student kan...slalu short of money
Plus it's easy...
Korang sume seriously need to try
Take a look..tak rugi pun kan...
Click on the following link :

klik disini.click here :)

or

tips berguna bagi korang yang nak berkahwin tapi kewangan yang tidak mengizinkan

maskahwin


Selamat mencuba :)

Tuesday, February 5, 2013

Pesanan untuk anak dara yang tak cantik


1. "PESANAN BUAT ANAK DARA YANG TAK CANTIK DILUAR SANA....HEHEHE" Merupakan tajuk asal artikel ini yang dikongsikan di laman Facebook beliau. Mamandangkan ianya nampak memberikan faedah dan manfaat kepada insan lain maka Pemikir memutuskan untuk berkongsi di ruangan ini. Silakan membaca nasihat yang berguna ini.

2. Perjalanan jodohku agak simple...... masa muda tak mengharap byk... sebabnya simple.... aku dilahirkan TIDAK CANTIK.... syukur Tuhan beri sedikit kepandaian dalam pelajaran.... tersemat dlm hati...aku ingin berjaya dlm kerjaya.... sekurang-kurangnya kalau x ada lelaki yg terpikat... aku boleh hidup sendiri tanpa menyusahkan org lain... lucu kan... alangkah kecilnya pemikiran pada masa itu.... nampaknya DIA x zalim.... DIA datangkan jodoh buatku.... thanks hubby... sederhana..... pernah suatu masa selepas bergelar isteri..... seseorang memarahiku.... katanya.... kalau tak kerana pelajaran & kedudukan.... hubby tak akan KUTIP aku jadi isteri.... adoii... seteruk itukah aku?..... 

3. Alhamdulillah kehidupan kami bahagia... kalau ada masalahpun bukan kerana kami secara basic.... tetapi lebih kepada sumbangan persekitaran & org sekeliling kami.... bukan sengaja nak buka pekung didada.... cuma sedikit nasihat buat anak2 dara yang tak cantik diluar sana..... 

4. Aku pernah berdoa semoga anak daraku dilahirkan cantik.... supaya dia tidak perlu berfikir spt ibunya.... 

5. Bukan takbur tapi sedar.... soal hati adalah milik masing2.... tak boleh dipaksa... pernah aku beritahu hubby... kalaulah ada perubahan ke atas soal hati..... dia boleh pilih yg kedua itu... tanpa halangan tapi lepaskan aku kerana yg penting buatku adalah anak2.... dia boleh buat anak lain dgn yg lain itu.... hahaha.... adoii.... teruk betul agaknya pemikiran aku ini..... syukur nampaknya kami tetap bertahan & telah mencecah 21 tahun dgn 3 hero & seorg heroin.... 

6. Kita mungkin terlalu menyayangi dia tp letakkan diri di ruang hatinya.... bukan di bawah tapak kakinya.... biar org hargai kita.... bukan hidup akan rasuah cinta & rasa kebergantungan..... 

7. Percayalah.... JODOH..... tuan punya tulang rusuk yg menjadikan kita...akan dtg utk kita.... 

8. Naikkan nilai diri dgn menjadi seseorang yg ada pendirian.... katakan ' aku boleh hidup dengan kemampuan yg aku ada dan redhaNYA ' 

9. Siapapun kita.....jangan sampai org lain dgn senang ambil kesempatan kerana kadang2 org lain ini lah yg merosakkan kehidupan berkeluarga kita 

10. Jangan murah sgt sehingga boleh ditimbang kilo....sakit tak sakit...hebat tak hebat....sendiri mau ingat....hehehe 

11. Jangan takut untuk menerima apa saja gelaran dlm hidup.... nasib kita ditangan kita & atas keizinanNYA.... so apa dirisau sgt dgn org hebat yg lain.... kadang2 org saja je nak menjatuh & merosakkan kita 

12. Agaknya hubby adalah lelaki yg agak malang kerana dapat isteri yang boleh diketegorikan KAKU.... hidup sukar masa lalu menjadikan aku agak lasak & jangan berani-berani nak main kasar.... syukur dpt suami yang tak pernah angkat tangan... kalau tak... mungkin boleh berperang..... sbb tu aku tak suka lelaki yg panas baran.... kalau dua2 baran.... siap.... terbakar rumah.... itulah hebatnya ketentuan TUHAN...... hehehe 

13. Semoga jodoh ini boleh bertahan hingga ke hujung nyawa

*Jodoh kita akan datang jugak...Tak perlu fikir kalau aku tak cantik, aku takkan kahwin sampai bila-bila.Sebab Allah dah tentukan semuanya di Luh Mahfuz.Siapakah pemilik tulang rusuk ini. Dan tak perlu jugak kita membuka aurat semata-mata untuk nampak lebih cantik.Jangan sebab nak menarik perhatian lelaki untuk suka kita,kita sanggup untuk lepaskan tudung dan pakai baju yang sexy.Perlu ke kita disayangi hanya kerana physical looks kita dan bukannya inner beauty?
Sebab kecantikan tu hanya sementara.

Wallahualam

Sunday, February 3, 2013

Recomended Product Part II

Sape tak penah masuk Etude House??
Me... - -"
Damn...baru-baru ni la 1st time masuk Etude House
L.A.M.E!

Adela aku teringin masuk Etude House sebab terbaca Fatin Liyana punye post
Die ade cerita pasal eye patch..
Siyes menarik
Aku pun trus la cari mende tu kat Etude House
Hurmm...Etude House kat medan ni macam kurang menarik sikit
Aku rase macam Body Shop better kot??
Tapi takpelaa...saje jalan-jalan pusing-pusing...hahaha

Jumpe gak la eye patch yang aku nak beli tu
Ok la...affordable jugak barang-barang Etude House nih..
Yang paling penting eye patch nih ade collagen and vitamin
Fungsi eye patch ni untuk melembabkan bahagian bawah mata PLUS menegangkan kawasan tu
Takde la eye bag besoooo sangat kan...hehe...
*macam aku jee*
Pastu untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata
Macam mata panda O.O
Ehhh?? Tapi panda kan comel??? *krik.krik.krik*



Harga dalam Rp 28 000 which is lebih kurang RM 9-10 camtu la...
Try beli dua dulu kalau best confirm beli lagi
Aturan pakai die kena pakai seminggu skali
Ok ler tu...xkan hari-hari nak pakai kn??
Bankrupt ler makcik!

*Contoh penggunaan*

Okayyy...Selamat mencuba!


Henna Tangan

 *Gambar Contoh*

Petikan satu artikel :


INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:




Dari Ibnu Umar ra katanya:

“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya


 disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : 

Sahih Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita 


lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya 

(tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.

(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)


Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu


 dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang 

melanggar syariatNya.

wallahu’alam.





If kita still rasa ragu-ragu boleh pakai ke x, it's better if kita x pakai langsung.Sebab tak elok if kita rasa was-

was tapi still gunakan benda yang salah dan haram. Tapi memang before-before this my mum had warn me

 that hand henna ni tak boleh.Sebab ia menyerupai tatu.Kalau kita kata nanti nak kahwin camne? Tak cantik 

la tangan inai kat hujung jari je.Tengok balik reason kenapa kita perlu berhias pada majlis perkahwinan kita?

 Betulkan niat kita berhias untuk menggembirakan ahli keluarga dan bukannya untuk berbangga dan 


menunjuk-nunjuk.

Friday, February 1, 2013

Bracessssssss

Out of sudden je keluar topik ni kan??
Kehkehkeh...
Sebenarnye sekarang aku baru je lepas blok 18 (Orthodonsia)
So bile masuk blok ni baru lah tetibe sume orang sedar yang gigi masing-masing banyak cacat cela..
Some got overbite, overjet, crowded, diastema, crossbite
Macam aku selama aku hidup baru laa ni la aku sedar gigi aku crossbite
Crossbite insisvus lateralis regio 1 and 2
Patutla mase pemeriksaan kesihatan dulu doc tu suruh aku pakai braces
I was like wwwhhhaaaattttt???
Takmau akuu...tetibe jek...
Now baru aku tau burokkssnye bile aku senyum...
Gigi x sama rata...
Okayyy now aku nak introduce some part of the braces


Ape yang aku belajar now bukanlah untuk buat piranti cekat camni
Coz tu bukan untuk degree peeps like me
Kena amek specialist dulu la baru leh buat camni
Yang aku learn now is how to make piranti lepasan untuk kanak-kanak
Such as Adam's Klamer,Labial Bow,Ball Clasp,Triangle Clasp,Canine Retractor,Buccal Puch,Z Spring,Finger Spring,Interdental Sring
Piranti lepasan usually bagi stadium mixed dentition
Mixed dentition tu stage dimana kanak-kanak yang still lagi dalam masa pertumbuhan
Which means dieorg still ade gigi susu and at the same time dah tumbuh gigi kekal

*Ni la piranti lepasan yang aku dok bebel tadi*

Hurmm...actually aku teringin jugak nak pakai braces ni
Since aku berminat nak amek Specialist Ortho (Insyaallah)
So gigi kena cantik la..
Nanti patient kata : eleh gigi doktor ni pun x cantik ade hati suh aku pakai braces???
Hahahaha...Nak menjawab susah tuuu...
Lagipun if i do in campus it'll be cheaper and easier sebab nak control senang every month
Bayangkan lah kalau aku buat kat Malaysia every month aku kene balik???
Wow....naik pening parents aku
Sampai nanti kata aku tak yah balik dah la..hahahaha
Tengok lah macam mana nanti next sem...
Ade rezeki lebih sikit aku buat lah...

Dulu mase kat skola aku adela nampak kawan aku pakai yang colorless punye
Cun wehhh! Tak nampak sangat macam pakai braces

*Gambaq contoh jaa...jangan ingat ni kawan aku plak*

See?? Tak nampak sangat kan??
But before that aku kena la realise yang pakai braces ni tak senang nak jaga
Kena slalu la jage gigi sebab bile makan makanan terselit antara celah-celah die tu
And also ade lah berus gigi especially made for braces peeps
Senang la nak berus gigi sebab berus gigi biase memang susah..
Then kena floss slalu and also ade lagi satu instrument khas interdental brush
Interdental brush ni untuk bersihkan celah-celah gigi yang berus gigi je tak cukup...
Hurmm..kalau macam ni la nampak gayenye memang nanti aku pikir banyak kali jugak ler nak makan
Dahh kalau nak makan ade jer yang tersangkut
Ader peluang nak kurus di situ...hahahahahahahahaha...
Merepek je pakai braces boleh kurus..dalam mimpi ler Ain oii


Pasni aku dok tengok jela kalau nak makan benda ni
Terliur i tell youu...
Hahaha...Sebenarnye aku nak cite aku bru try Magnum Chocolate Dip semalam..
Superrrrrbbbb! Tapi yang tak suke sangat manis-manis boleh la share ngan orang lain makan neh
Sharing is caring bebehh ;)

Ok lah sayangi gigi anda..Jaga kesihatan gigi ye adik-adik