Tuesday, February 5, 2013

Pesanan untuk anak dara yang tak cantik


1. "PESANAN BUAT ANAK DARA YANG TAK CANTIK DILUAR SANA....HEHEHE" Merupakan tajuk asal artikel ini yang dikongsikan di laman Facebook beliau. Mamandangkan ianya nampak memberikan faedah dan manfaat kepada insan lain maka Pemikir memutuskan untuk berkongsi di ruangan ini. Silakan membaca nasihat yang berguna ini.

2. Perjalanan jodohku agak simple...... masa muda tak mengharap byk... sebabnya simple.... aku dilahirkan TIDAK CANTIK.... syukur Tuhan beri sedikit kepandaian dalam pelajaran.... tersemat dlm hati...aku ingin berjaya dlm kerjaya.... sekurang-kurangnya kalau x ada lelaki yg terpikat... aku boleh hidup sendiri tanpa menyusahkan org lain... lucu kan... alangkah kecilnya pemikiran pada masa itu.... nampaknya DIA x zalim.... DIA datangkan jodoh buatku.... thanks hubby... sederhana..... pernah suatu masa selepas bergelar isteri..... seseorang memarahiku.... katanya.... kalau tak kerana pelajaran & kedudukan.... hubby tak akan KUTIP aku jadi isteri.... adoii... seteruk itukah aku?..... 

3. Alhamdulillah kehidupan kami bahagia... kalau ada masalahpun bukan kerana kami secara basic.... tetapi lebih kepada sumbangan persekitaran & org sekeliling kami.... bukan sengaja nak buka pekung didada.... cuma sedikit nasihat buat anak2 dara yang tak cantik diluar sana..... 

4. Aku pernah berdoa semoga anak daraku dilahirkan cantik.... supaya dia tidak perlu berfikir spt ibunya.... 

5. Bukan takbur tapi sedar.... soal hati adalah milik masing2.... tak boleh dipaksa... pernah aku beritahu hubby... kalaulah ada perubahan ke atas soal hati..... dia boleh pilih yg kedua itu... tanpa halangan tapi lepaskan aku kerana yg penting buatku adalah anak2.... dia boleh buat anak lain dgn yg lain itu.... hahaha.... adoii.... teruk betul agaknya pemikiran aku ini..... syukur nampaknya kami tetap bertahan & telah mencecah 21 tahun dgn 3 hero & seorg heroin.... 

6. Kita mungkin terlalu menyayangi dia tp letakkan diri di ruang hatinya.... bukan di bawah tapak kakinya.... biar org hargai kita.... bukan hidup akan rasuah cinta & rasa kebergantungan..... 

7. Percayalah.... JODOH..... tuan punya tulang rusuk yg menjadikan kita...akan dtg utk kita.... 

8. Naikkan nilai diri dgn menjadi seseorang yg ada pendirian.... katakan ' aku boleh hidup dengan kemampuan yg aku ada dan redhaNYA ' 

9. Siapapun kita.....jangan sampai org lain dgn senang ambil kesempatan kerana kadang2 org lain ini lah yg merosakkan kehidupan berkeluarga kita 

10. Jangan murah sgt sehingga boleh ditimbang kilo....sakit tak sakit...hebat tak hebat....sendiri mau ingat....hehehe 

11. Jangan takut untuk menerima apa saja gelaran dlm hidup.... nasib kita ditangan kita & atas keizinanNYA.... so apa dirisau sgt dgn org hebat yg lain.... kadang2 org saja je nak menjatuh & merosakkan kita 

12. Agaknya hubby adalah lelaki yg agak malang kerana dapat isteri yang boleh diketegorikan KAKU.... hidup sukar masa lalu menjadikan aku agak lasak & jangan berani-berani nak main kasar.... syukur dpt suami yang tak pernah angkat tangan... kalau tak... mungkin boleh berperang..... sbb tu aku tak suka lelaki yg panas baran.... kalau dua2 baran.... siap.... terbakar rumah.... itulah hebatnya ketentuan TUHAN...... hehehe 

13. Semoga jodoh ini boleh bertahan hingga ke hujung nyawa

*Jodoh kita akan datang jugak...Tak perlu fikir kalau aku tak cantik, aku takkan kahwin sampai bila-bila.Sebab Allah dah tentukan semuanya di Luh Mahfuz.Siapakah pemilik tulang rusuk ini. Dan tak perlu jugak kita membuka aurat semata-mata untuk nampak lebih cantik.Jangan sebab nak menarik perhatian lelaki untuk suka kita,kita sanggup untuk lepaskan tudung dan pakai baju yang sexy.Perlu ke kita disayangi hanya kerana physical looks kita dan bukannya inner beauty?
Sebab kecantikan tu hanya sementara.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment